BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kesudahan cinta
Masih ku ingat ketika itu, saat di mana kau ingin bersama denganku. Bermacam-macam cara yang kau lakukan. tapi, kenapa kini kau menyeksaku dengan kata kata kesatmu? takkan tiada sekelunit perasaan kasih kau kepada diriku? jika benar sayang itu sudah bertukar menjadi benci, kenapa tidak kau lepaskan aku saja? kenapa perlu membiarkan aku merana dengan sikap kau yang tidak berperikemanusiaan itu? kejamnya kau membuat aku begini. betapa hancurnya hati dan jiwaku ini. Setiap orang ada melakukan kesilapan. Tapi, mengapa kesilapan kau terlalu melampau hingga aku tidak boleh memaafkan kau lagi. Aku hanya insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Dan kerana aku hanya insan biasalah, begitu sukar untuk aku memaafkan dirimu. Biarlah apa orang ingin katakan padaku, yang pasti aku tahu apa yang aku lakukan. Sekejam mana silap kau pada diriku, begitu kebal diriku menahan setiap perlakuan kau. Pada ketika ini, aku sudah mampu tersenyum kerana kau bukan lagi disisiku. Aku bersyukur, kerana aku bukan diciptakan untuk kau. Apa yang aku inginkan sekarang, hanyalah sebuah kehidupan yang tenang tanpa dihadiri insan yang bernama lelaki. Buat sementara waktu ini biarlan aku lewati hari hariku dengan penuh warna warni. Jika suatu hari nanti pintu hatiku terbuka lagi untuk lelaki, akan aku pastikan lelaki  itu bleh mewarnakan hidupku.

0 comments: