BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kau yang tak mampu kumiliki
Andai mampu, akan aku merantai dirimu menjadi milik mutlaknya agar kau bahagia di samping dia. Dia yang kau sayangi, dia mempunyai ciri perempuan idamanmu, dia yang kau rindu, akan kulakukan agar kau bahagia meskipun hati ini terluka :'( Aku relakan demi kau yang ku sayang walau kau tak kumiliki, aku mendoakan agar kau bahagia. Biarlah aku membawa hati yang lara, mencari penyembuh duka, jauh darimu. Maafkan akuuu :'( semoga kau sejahtera disampingnyaaaaa :')

Erti cinta
Cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dimengertikan, cinta juga sesuatu yang tidak mudah untuk dimiliki kerana Cinta tidak boleh dipaksa, Cinta hadir secara tiba tiba, andai kita berpisah dengan orang yang kita cintai, Relakannnnn :'( Kerana andai kita bersungguh mencintai seseorang, kita akan bahagia melihatnya bahagia, Tapi andai hati kita tidak rela, Sedarilah perasaan itu sebenarnya bukan cinta tapi lebih kepada ingin memiliki. Berilah cinta tanpa meminta balasan kerana kita akan menemui cinta yang lebih indah :')

Pujaan hati :')
Mengapa sukar untuk kau terima diriku ini? Tidakkah kau sedar betapa aku merindui dirimu? Banyak benda aku nak kongsi dengan kau. Hanya doa yang mampu aku titipkan apabila aku merindui dirimu. Cubalah mengerti keadaanku dan cubalah fahami keinginanku. Aku cuba untuk melengkapkan jalan cerita kisah kita. Tapi, kenapa kau tidak pernah memberi kerjasama pada diriku. Berikanlah aku peluang untuk aku buktikan bahawa aku memang cintakan kau. Tanpa kau disisi, aku merasakan hari hari yang ku lewati tidak bererti. Banyak kisah kita yang tak sudah. Sampai bila baru ada penyudahnya? Setiap malam aku berdoa, berharap cintaku jadi kenyataan. Setiap orang mempunyai jalan cerita yang tersendiri. Begitu juga dengan aku. Tapi, sampai bila harus aku bertahan. Jujur aku katakan, jauh sudut hatiku, sedikit terguris perasaanku ini. Derita merindui dirimu ini masih lagi tidak terbalas. Berulang kali telah kau mungkiri janji janji yang kau taburkan untukku. Kau yang banyak mencipta kenangan antara kita, namun kau juga yang memusnahkan kenangan kenangan itu. Makin hari aku makin sedih dengan sikap kau itu. Salahkah aku menyintaimu? Cinta itu memang indah, tapi adakalanya aku terasa cinta itu menyiksakan. Aku masih ternanti nanti saat dimana cinta ini ternoktah. Noktah yang membawa kebahagian dalam hidupku :')

Kesudahan cinta
Masih ku ingat ketika itu, saat di mana kau ingin bersama denganku. Bermacam-macam cara yang kau lakukan. tapi, kenapa kini kau menyeksaku dengan kata kata kesatmu? takkan tiada sekelunit perasaan kasih kau kepada diriku? jika benar sayang itu sudah bertukar menjadi benci, kenapa tidak kau lepaskan aku saja? kenapa perlu membiarkan aku merana dengan sikap kau yang tidak berperikemanusiaan itu? kejamnya kau membuat aku begini. betapa hancurnya hati dan jiwaku ini. Setiap orang ada melakukan kesilapan. Tapi, mengapa kesilapan kau terlalu melampau hingga aku tidak boleh memaafkan kau lagi. Aku hanya insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Dan kerana aku hanya insan biasalah, begitu sukar untuk aku memaafkan dirimu. Biarlah apa orang ingin katakan padaku, yang pasti aku tahu apa yang aku lakukan. Sekejam mana silap kau pada diriku, begitu kebal diriku menahan setiap perlakuan kau. Pada ketika ini, aku sudah mampu tersenyum kerana kau bukan lagi disisiku. Aku bersyukur, kerana aku bukan diciptakan untuk kau. Apa yang aku inginkan sekarang, hanyalah sebuah kehidupan yang tenang tanpa dihadiri insan yang bernama lelaki. Buat sementara waktu ini biarlan aku lewati hari hariku dengan penuh warna warni. Jika suatu hari nanti pintu hatiku terbuka lagi untuk lelaki, akan aku pastikan lelaki  itu bleh mewarnakan hidupku.

Biy Rara kite rindu awak kbye :|


Atul chien kite rindu awak jugak kbye :|