BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pujaan hati :')
Mengapa sukar untuk kau terima diriku ini? Tidakkah kau sedar betapa aku merindui dirimu? Banyak benda aku nak kongsi dengan kau. Hanya doa yang mampu aku titipkan apabila aku merindui dirimu. Cubalah mengerti keadaanku dan cubalah fahami keinginanku. Aku cuba untuk melengkapkan jalan cerita kisah kita. Tapi, kenapa kau tidak pernah memberi kerjasama pada diriku. Berikanlah aku peluang untuk aku buktikan bahawa aku memang cintakan kau. Tanpa kau disisi, aku merasakan hari hari yang ku lewati tidak bererti. Banyak kisah kita yang tak sudah. Sampai bila baru ada penyudahnya? Setiap malam aku berdoa, berharap cintaku jadi kenyataan. Setiap orang mempunyai jalan cerita yang tersendiri. Begitu juga dengan aku. Tapi, sampai bila harus aku bertahan. Jujur aku katakan, jauh sudut hatiku, sedikit terguris perasaanku ini. Derita merindui dirimu ini masih lagi tidak terbalas. Berulang kali telah kau mungkiri janji janji yang kau taburkan untukku. Kau yang banyak mencipta kenangan antara kita, namun kau juga yang memusnahkan kenangan kenangan itu. Makin hari aku makin sedih dengan sikap kau itu. Salahkah aku menyintaimu? Cinta itu memang indah, tapi adakalanya aku terasa cinta itu menyiksakan. Aku masih ternanti nanti saat dimana cinta ini ternoktah. Noktah yang membawa kebahagian dalam hidupku :')

0 comments: